Salam Perpisahan : KPP BTPN Selangor

Posted by PKG Bukit Badong on Monday, July 25, 2011



Assalamualaikum semua warga BTPN dan PKG Negeri Selangor yang amat saya sayangi,

Berkat doa dan restu tuan/puan semua, saya telah dinaikkan pangkat ke DG 52 mulai 1 Julai 2011. namun saya merayu utk berkhidmat sebagai Pengetua di Selangor, namun pihak KPPM telah menolak rayuan saya.


InsyaAllah saya akan melaporkan diri sebagai KPP Sektor Pembangunan Sukan, Bahagian Sukan KPM pada 25 Julai 2011. Sesungguhnya bekerja bersama tuan/puan amat-amat mengesankan dalam jiwa saya dan saya denganrendah hati

Memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya selama saya memimpin tn/pn, ada tuturkata, tingkahlaku dan apa jua yg menyinggung perasaan tn/pn semua, jutaan maaf saya pohonkan.

Saya memohon dihalalkan segala apa yg termakan dan terminum
Saya memohon, persaudaraan kita tidak akan terputus.

Tuan2/puan2 adalah pegawai awam yang hebat.
Teruskan perjuangan dengan penuh amanah dan dedikasi

Wassalam
HJ AHMAD DAHLAN BIN KARDI
MANTAN KPP BTPN SELANGOR