Salam Perpisahan

Posted by Ahmad Daud on Tuesday, September 20, 2011
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam perpisahan kepada semua ahli PKG Bukit Badong yang terdiri daripada Pengetua/Guru Besar/GPM/GPB dan guru-guru amnya.

Saya telah bertukar ke BTPN Selangor mulai 22 Ogos 2011 yang lalu. Pertukaran saya adalah kerana saya telah ditawarkan ke gred jawatan DGA 34.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kerja sama yang telah diberikan kepada saya di sepanjang saya berkhidmat di PKG Bukit Badong sejak tahun 2005. Sebarang kesilapan dan ketelanjuran saya memohon maaf. Semua itu adalah atas kelemahan yang tidak saya sedari dan tiada niat sama sekali.

Doakan semoga saya sukses dalam kerjaya baru saya di BTPN Selangor. Semoga kita akan berjumpa lagi.

Terima kasih.

Pengurusan Sumber Pendidikan

Posted by PKG Bukit Badong on Tuesday, July 26, 2011
Laman Web sesuai untuk Guru Media.


Kepada guru perpustakaan dan media (GPM) laman web ini sesuai kepada anda untuk mendapatkan maklumat berkaitan :

- Educational Resources Centres / Pusat Sumber Pendidikan
- School Resource Centers / Pusat Sumber Sekolah
- Policies / Dasar
- Circulars / Surat Pekeliling
- Digital Libraries / Pusat Sumber Digital 
- Museums, Archives, Art Galleries / Muzium, Arkib, Galeri Seni
- Library Associations / Pertubuhan Perpustakaan 

dan macam-macam lagi... pasti sesuai untuk anda...

Salam Perpisahan : KPP BTPN Selangor

Posted by PKG Bukit Badong on Monday, July 25, 2011


Assalamualaikum semua warga BTPN dan PKG Negeri Selangor yang amat saya sayangi,

Berkat doa dan restu tuan/puan semua, saya telah dinaikkan pangkat ke DG 52 mulai 1 Julai 2011. namun saya merayu utk berkhidmat sebagai Pengetua di Selangor, namun pihak KPPM telah menolak rayuan saya.


InsyaAllah saya akan melaporkan diri sebagai KPP Sektor Pembangunan Sukan, Bahagian Sukan KPM pada 25 Julai 2011. Sesungguhnya bekerja bersama tuan/puan amat-amat mengesankan dalam jiwa saya dan saya denganrendah hati

Memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya selama saya memimpin tn/pn, ada tuturkata, tingkahlaku dan apa jua yg menyinggung perasaan tn/pn semua, jutaan maaf saya pohonkan.

Saya memohon dihalalkan segala apa yg termakan dan terminum
Saya memohon, persaudaraan kita tidak akan terputus.

Tuan2/puan2 adalah pegawai awam yang hebat.
Teruskan perjuangan dengan penuh amanah dan dedikasi

Wassalam
HJ AHMAD DAHLAN BIN KARDI
MANTAN KPP BTPN SELANGOR

BENGKEL SUNTINGAN VIDEO BAHAN P&P

Posted by PKG Bukit Badong on Sunday, July 24, 2011
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Pusat Kegiatan Guru Bukit Badong akan mengadakan Bengkel Suntingan Video Bahan PDP kepada Guru Pengurusan Bestari / Guru ICT .

Bengkel ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Pada : 27 hingga 28 Julai 2011.
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Tempat : Bilik Akasia, Pusat Kegiatan Guru Bukit Badong.

(Rujuk lampiran)

Bengkel Suntingan Video

Salam Perpisahan

Posted by Ahmad Daud on Thursday, July 07, 2011
Selamat bertugas di tempat baru kepada En. Abdul Halim bin Kamat. Beliau berpindah ke PKG Batu 38 Sabak Bernam secara rasminya pada 01 Julai 2011. Marilah kita sama-sama doakan semoga En. Abd Halim terus sukses di tempat baru.

Saya mewakili staf PKG Bukit Badong mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan bakti yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit selama beliau bertugas di sini. Terlalu banyak sumbangan tenaga, idea, kepakaran, tenaga dan lain-lain yang beliau berikan tanpa jemu dan tanpa berkira. Hanya Allah jua yang dapat membalasnya.

Saya mengharapkan walaupun sudah berpindah tempat bertugas, persahabatan yang akrab sedia terjalin biarlah diteruskan dan disuburkan di antara kita. Kita masih dalam satu organisasi, visi dan misi yang sama.

En. Abd Halim, bawalah bersama apa sahaja pengalaman yang baik yang diperolehi di sini dan sebarkanlah. Mana yang tidak baik tinggalkanlah terus di sini menjadi kenangan.

Saya mewakili staf PKG Bukit Badong dan juga seluruh warga sekolah ahli PKG mengucapkan setinggi terima kasih atas sumbangan bakti yang telah dicurahkan selama bertugas di sini. Mohon ampun dan maaf atas apa jua kesalahan dan kesilapan kami sama ada yang sengaja atau yang terselindung tanpa sengaja.

Jadikan jarak pemisah tempat bertugas ini untuk kita terus menjadi sahabat yang lebih akrab.

Sekian terima kasih.

Bulan Sya'ban

Posted by PKG Bukit Badong on Monday, July 04, 2011

Syaaban dan Kelebihannya

 REJAB sudah meninggalkan kita dengan seribu satu kelebihan. Berbahagialah mereka yang mengambil sepenuh kesempatan dari fadhilatnya. Jika diizinkan Allah kita akan berkesempatan  bersama Rejab pada tahun hadapan.
Kini muncul pula bulan SYAABAN. Bulan yang berada di tengah-tengah antara Rejab dan Ramadan. Bulan yang juga penuh dengan fadhilat dan keberkatannya.
Hukamak berpendapat, bulan Rejab adalah bulan kesempatan untuk kita meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela manakala Ramadan pulan bulan untuk mengubat hati dan jiwa.
Syaaban bererti berpecah atau bercerai-berai. Ini kerana mengambil sempena peristiwa orang-orang Arab pada bulan tersebut berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air. Ada pula berpendapat, Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan.

SSQS Negeri Selangor 2011

Posted by PKG Bukit Badong on Thursday, May 26, 2011
SSQS Negeri Selangor 2011

Adalah dimaklumkan bahawa SSQS untuk negeri Selangor akan diadakan seperti berikut :
  1. Tarikh : 25hb Julai – 14hb Ogos 2011
  2. URL : http://ssqs.moe.edu.my
  3. Pihak yang terlibat : Semua warga sekolah negeri Selangor
Makluman kepada guru GPB atau Guru ICT anda bertindak sebagai penyelaras perjalanan pengisian secara online. Terpulang data ini hendak di isi di sekolah atau di rumah. Kami cadangkan pihak sekolah bertindak awal supaya tidak berlaku kesesakan talian pada saat akhir.
Surat makluman akan dimaklumkan oleh JPN Selangor


JPN Selangor_Penarafan SSQS 2011

BORANG STATUS PELAKSANAAN PROGRAM NILAM

Posted by PTP 2 PKG on Monday, May 23, 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Untuk makluman rakan-rakan GPM, oleh kerana berbagai masalah dengan penggunaan sistem i-NILAM, BTPN Selangor mengambil keputusan untuk tidak menggunakan sistem online tersebut.

Kutipan data Nilam tahun ini menggunakan borang manual seperti dahulu. Dilampirkan borang untuk pengisian data nilam.

NILAM Sek Rendah

NILAM Sek Menengah

Sekian harap maklum.

Abd Halim Bin Hj Kamat
Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29
PKG Bukit Badong

PERHATIAN UNTUK GPM : KAJIAN KEBERKESANAN

Posted by PTP 2 PKG on Tuesday, May 17, 2011
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

KAJIAN KEBERKESANAN NILAM DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Perkara diatas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan, Unit Pengurusan Sumber Pendidikan dengan kerjasama Unit Perkhidmatan ICT, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor sedang membuat kajian keberkesanan berkaitan program NILAM, pusat sumber sekolah dan pusat sumber PKG.

3. Mohon kerjasama rakan-rakan Guru Perpustakaan Media (GPM) mengisi kajian keberkesanan pada borang yang disertakan seperti berikut:

i. Pusat Sumber Sekolah : https://spreadsheets.google.com/a/btpnsel.edu.my /spreadsheet/viewform?formkey=dElBb0k4NkJXSGVLNGZSbHVPWFQ4X1E6MQ&pli=1

ii. Pelaksanaan Program NILAM : https://spreadsheets.google.com/a/btpnsel.edu.my/spreadsheet/viewform?formkey=dHRfc29KdkJPYW5HRXRKVnhjVk56Zmc6MQ

iii. Pengesahan : https://spreadsheets.google.com/a/btpnsel.edu.my/embeddedform?formkey=dFZQVDFwTlloaUxCbzBIVGhsbDVUS3c6MQ














* Pengguna dikehendaki login dengan menggunakan akaun e-mail sekolah.
username : Kod Sekoalah
password : sila rujuk guru ICT atau pihak pentadbir sekolah

4. Kerjasama dan sokongan tuan/puan untuk mengisi kajian keberkesanan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

ABD HALIM BIN KAMAT
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Bukit Badong

Selamat Hari Guru

Posted by PTP 2 PKG on Wednesday, May 04, 2011

Status Laporan SPPICTS siri 1, PKG Bukit Badong

Posted by Ahmad Daud on Wednesday, April 20, 2011
Salam 1Malaysia ...,

Tahniah :

1. Pentadbir
2. GPB
3. GPM
4. dan..... semua warga sekolah ahli PKG Bukit Badong kerana telah berjaya menyelesaikan 100% siri kutipan SPPICTS siri 1 yang berlangsung pada 27 Mac hingga 16 April yang lalu.





Senarai Tuga JK NILAM dan JK Pusat Sumber Sekolah

Posted by PKG Bukit Badong on Wednesday, March 30, 2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Diharap maklumat ini dapat memberi manfaat kepada tuan-tuan/puan-puan.
Edit mana yang perlu.


Senarai Tugas Jk Nilam                                                                                                   

Senari Tugas Jk Pusat Sumber                                                                                                   

Bengkel Literasi Maklumat

Posted by PKG Bukit Badong on Wednesday, March 23, 2011


Literasi maklumat merupakan salah satu komponen penting dalam pengurusann Pusat Sumber Sekolah. Seramai 37 orang peserta terdiri daripada Guru Perpustakaan dan Media (GPM) zon PKG Bukit Badong dan PKG Rantau Panjang. Ceramah telah disampaikan oleh Pn Suzliana Bt Abd Hamid, Ketua Seksyen Perkhidmatan Rangkaian Perpustakaan, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.




Jenis Jenis Perpustakaan Updated


literasi  maklumat-asas


Perpustakaan Keluarga - Short for Bkt Badong

Kempen Keahlian Kuala Sgor

PENGUKURAN -KPI

User Education Di Ppas




Portal PKG Selangor

Posted by PTP 2 PKG on Thursday, March 03, 2011


Assalamualaikum wbrth,

Pihak kami telah mewujudkan laman web PKG Selangor untuk merakam aktiviti berkaitan PKG dan Sekolah. Jika ada sekolah mahu melibatkan diri dengan mengirim berita atau projek inovasi untuk dikongsikan dengan sekolah lain di seluruh negeri Selangor dan seluruh Malaysia anda boleh menyumbang bahan melalui PKG masing-masing untuk di muat naik.

URL berita PKG Selangor boleh dilayari di http://pkgselangor.com/ Komen amat dialu-alukan untuk memantapkan lagi penyampaian berita kami.
--
Unit Pengurusan ICT
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor
Jalan Kepuk 19/2, Seksyen 19, 40300, Shah Alam
Selangor
Tel : 03 5548 4455

www.btpnsel.edu.my

Manual Laman Web Pkg Selangor


Masalah Internet Sekolah ?

Posted by PTP 2 PKG on Thursday, March 03, 2011

Masalah Internet Sekolah ?

Khusus kepada sekolah-sekolah yang melanggan TM Broadband

Berikutan dengan masalah interim Internet sekolah bersama TM. Sekolah boleh menghubungi Helpdesk TM seperti berikut :

Sebarang masalah sila hubungi TM melalui talian hotline mereka iaitu
  1. CSOC Hot Line : 1800-88-1060 / 1060 (Home line) @ mobile user 603-22467500 / 603-22467600 atau
  2. email : dfcck11@tm.com.my

Antara perubahan TM yang akan buat adalah pemberian IP baru ke sekolah. Modem GiTN yang ada di sekolah adalah hak milik kerjaan (sekolah) TM akan membekalkan modem mereka jika terdapat kerosakan.

Jika ada masalah lain yang tidak dapat diselesaikan sila emailkan kepada kami support@btpnsel.edu.my atau PKG berhampiran.

Luang sedikit masa untuk membaca FAQ daripada TM sebelum tuan puan menyelesaikan masalah dengan TM.

TM SCHOOLBROADBAND FAQ SBB FAQ ver 1

TM SCHOOL BROADBAND

Posted by PTP 2 PKG on Thursday, March 03, 2011
SENARAI SEKOLAH ZON PKG BB YANG MELANGGAN TM SCHOOL BROADBAND

Bil

Kodsek

Sekolah

Teknologi

STATUS

Received Date

1

BBC3037

SJK(C) IJOK

ADSL

Yes

31 January, 2011

2

BBC3047

SJK(C) YUK CHIH

ADSL

Yes

31 January, 2011

3

BBD3065

SJK(T) BUKIT ROTAN BARU

VSAT TM - KU BAND

Yes

31 January, 2011

4

BBD3072

SJK(T) LADANG TUAN MEE

VSAT_GSB

Yes

31 January, 2011

5

BBD3055

SJK(T) LDG COALFIELDS

VSAT_GSB

Yes

31 January, 2011

6

BBD3068

SJK(T) LDG SELANGOR RIVER

ADSL

Yes

31 January, 2011

7

BBD3071

SJK(T) LDG SG RAMBAI

VSAT TM - KU BAND

Yes

31 January, 2011

8

BBA3002

SK BKT BADONG

ADSL

Yes

31 January, 2011

9

BBA3011

SK IJOK

ADSL

No

31 January, 2011

10

BBA3008

SK JAYA SETIA

ADSL

Yes

31 January, 2011

11

BBA3022

SK PARIT MAHANG

VSAT_GSB

Yes

31 January, 2011

12

BBA3033

SK PUNCAK ALAM

ADSL

Yes

31 January, 2011

13

BBA3035

SK PUNCAK ALAM 2

ADSL

Yes

31 January, 2011

14

BBA3037

SK PUNCAM ALAM 3

New Site

Yes

31 January, 2011

15

BBA3034

SK SAUJANA UTAMA

VPN Bonding

Yes

31 January, 2011

16

BBA3036

SK SERI PRISTANA

New Site

Yes

31 January, 2011

17

BEA3085

SMK PUNCAK ALAM

ADSL

Yes

31 January, 2011

18

BEA3077

SMK RAJA MUDA MUSA

ADSL

No

31 January, 2011

19

BEA3084

SMK SAUJANA UTAMA

ADSL

Yes

31 January, 2011

20

BEB3079

SMK SULTAN SULAIMAN SHAH

ADSL

Yes

31 January, 2011

21

BKA3001

SMT KUALA SELANGOR

ADSL

No

31 January, 2011