Salam Perpisahan

Posted by Ahmad Daud on Tuesday, September 20, 2011

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam perpisahan kepada semua ahli PKG Bukit Badong yang terdiri daripada Pengetua/Guru Besar/GPM/GPB dan guru-guru amnya.


Saya telah bertukar ke BTPN Selangor mulai 22 Ogos 2011 yang lalu. Pertukaran saya adalah kerana saya telah ditawarkan ke gred jawatan DGA 34.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kerja sama yang telah diberikan kepada saya di sepanjang saya berkhidmat di PKG Bukit Badong sejak tahun 2005. Sebarang kesilapan dan ketelanjuran saya memohon maaf. Semua itu adalah atas kelemahan yang tidak saya sedari dan tiada niat sama sekali.

Doakan semoga saya sukses dalam kerjaya baru saya di BTPN Selangor. Semoga kita akan berjumpa lagi.

Terima kasih.