Salam Perpisahan

Posted by Ahmad Daud on Thursday, July 07, 2011

Selamat bertugas di tempat baru kepada En. Abdul Halim bin Kamat. Beliau berpindah ke PKG Batu 38 Sabak Bernam secara rasminya pada 01 Julai 2011. Marilah kita sama-sama doakan semoga En. Abd Halim terus sukses di tempat baru.


Saya mewakili staf PKG Bukit Badong mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan bakti yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit selama beliau bertugas di sini. Terlalu banyak sumbangan tenaga, idea, kepakaran, tenaga dan lain-lain yang beliau berikan tanpa jemu dan tanpa berkira. Hanya Allah jua yang dapat membalasnya.

Saya mengharapkan walaupun sudah berpindah tempat bertugas, persahabatan yang akrab sedia terjalin biarlah diteruskan dan disuburkan di antara kita. Kita masih dalam satu organisasi, visi dan misi yang sama.

En. Abd Halim, bawalah bersama apa sahaja pengalaman yang baik yang diperolehi di sini dan sebarkanlah. Mana yang tidak baik tinggalkanlah terus di sini menjadi kenangan.

Saya mewakili staf PKG Bukit Badong dan juga seluruh warga sekolah ahli PKG mengucapkan setinggi terima kasih atas sumbangan bakti yang telah dicurahkan selama bertugas di sini. Mohon ampun dan maaf atas apa jua kesalahan dan kesilapan kami sama ada yang sengaja atau yang terselindung tanpa sengaja.

Jadikan jarak pemisah tempat bertugas ini untuk kita terus menjadi sahabat yang lebih akrab.

Sekian terima kasih.