Penyelenggaraan Kaypi Meragukan.
Assalamualaikum & Salam Aidilfitri,
Pihak BTPN Selangor meminta kami memaklumkan bahawa KAYPI hanya membuat corrective maintenance dan TIDAK MELIBATKAN PEROLEHAN ALATAN BARU.
Pihak sekolah diingatkan supaya memerhatikan perkara-perkara berikut :
mendapati terdapat isu-isu yang meragukan.
- Sila semak berkali-kali borang PPP dan SAP sebelum disahkan oleh pentadbiran sekolah kerana terdapat keraguan (Dalam borang mengatakan bahawa peralatan diselenggara akan tetapi tidak diselenggara)
- Tidak menerima penghantaran unit baru (CPU, LCD dan Laptop) menggantikan alatan yang rosak atas tajuk kerja selenggara. Pengantian unit baru hanya boleh dilakukan jika tender perolehan atau pergantian sahaja.
- Sebarang peralatan yang telah diterima di sekolah yang telah disahkan, tidak boleh dibawa keluar dengan apa jua cara jika Kaypi menuntut kembali (kerana telah dibayar)
Dilampirkan juga sekali lagi surat mengenai penyenggaraan peralatan ICT sekolah untuk edaran kepada sekolah.
Lampiran:
http://www.scribd.com/doc/37074526/Penyenggaraan-Peralatan-ICT-Sekolah-Oleh-KAYPI
Sekian harap maklum
0 Responses to "Penyelenggaraan Kaypi Meragukan."
Leave A Comment :