Info PKG

Posted by PKG Bukit Badong on Tuesday, August 03, 2010

MATLAMAT
PKG ditubuhkan dengan satu matlamat untuk meningkatkan kualiti pendidikan sekolah-sekolah setempat melalui taraf profesionalisme guru-guru berdasarkan kepada penghayatan Falsafah Pendidikan Negara. PKG akan merealisasikan potensi dan individualiti guru sehingga dapat melaksanakan amanah dengan baik dalam setiap peringkat dan bidang kehidupan bagi menghadapi cabaran Wawasan 2020 selaras dengan pembangunan negara kita.
VISI
Meneraju transformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan.
MISI
Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.
OBJEKTIF
Dengan wujudnya PKG melalui program dan aktiviti yang sistematis diharap akan dapat:
1. Meningkatkan kualiti pendidikan, hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang.
2. Menjalankan aktiviti penyelidikan untuk mengesan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Mengesan serta menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru secara usahasama.
4. Memupuk ikhtiar dan minat guru ke arah mempertingkatkan kualiti profesionalisme mereka.
5. Membina dan memperkukuhkan daya juang, daya tahan dan daya saing di kalangan guru
6. Mempertingkatkan ketrampilan guru-guru melalui program-program latihan dalamperkhidmatan sejajar dengan perkembangan kurikulum.
7. Menyebarkan maklumat, pengetahuan dan inovasi pendidikan
8. Merapatkan hubungan antara sekolah-sekolah dalam aspek keperluan perkhidmatan dan pendidikan.
9. Menyediakan kemudahan untuk guru menjalankan aktiviti sosial yang membina.
10. Mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat.
11. Mengeratkan hubungan dengan masyarakat korporat supaya pelajar-pelajar dapat peluang memahami aspek perdagangan dan perindustrian dan kaitannya dengan kehidupan masyarakat.
MOTO
PKG: Pesona Kebitaraan Generasi
Kebitaraan: Tiada tandingannya. Mempunyai nilai-nilai intergriti, profesional, kreatif dan inovatif, semangat berpasukan, beroriantasikan pelanggan, serta perihatin kepada kebajikan anggota.
PIAGAM PELANGGAN
Pusat Kegiatan Guru berjanji akan:
1. Memberi layanan yang mesra kepada pelaggan yang memerlukan perkhidmatan.
2. Memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada semua guru sekolah ahli apabila diperlukan.
3. Memberi peluang kepada seberapa ramai yang mungkin guru sekolah ahli menyertai sebarang aktiviti anjuran PKG.
4. Memastikan individu guru berkhidmat dan melaksanakan P&P dangan berkesan cemerlang dinamik, harmonis dan produktif.
5 Berkeupayaan untuk memberi perkhidmatan bimbingan terhadap sekolah -sekolah dalam merealisasikan PSS merentas kurikulum.
FUNGSI UTAMA
1. Memantau , menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu PSS dan Gerakan Membaca
2. Menyelaras, menilai, membantu dan memberi khidmat skongan pelaksanaan inisiatif ICT di sekolah
3. Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian dan pelaksanaan dasar teknologi pendidikan
4. Menyediakan dan menyebarkan bahan sumber pendidikan dalam pelbagai media
5. Melaksana, mempromosi dan menggakkan pengunaan teknologi pendidikan dalam P&P
KONSEP
1. Konsep institusi pendidikan
2. Konsep budaya perkongsian
3. Konsep pendemokrasian pendidikan
4. Konsep rangkaian dalam pusat sumber
PERANAN
1. Sebagai pusat kegiatan ikhtisas dan pembelajaran profesional
2. Sebagai pusat sumber
3. Sebagai pusat kegiatan sosial/komuniti
4. Sebagai agen perubahan
5. Sebagai agen penyelesaian masalah
6. Sebagai pemangkin kecemerlangan guru
7. Sebagai B-Inkubator ( showcase inisiatif ICT )

UNIT-UNIT DI PKG

1. Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan
2. Unit Perkhidmatan Teknologi Pendidikan
3. Unit Perkhidmatan ICT
4. Unit Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan

Bidang Pemantauan PKG
1. Pengurusan PSS
2. Pengurusan Program Bacaan (NILAM)
3. Pelaksanaan Pembestarian Sekolah
4. Pengurusan Makmal Pengkomputeran Sekolah, SchoolNet dan Pusat Akses Sekolah
5. Pelaksanaan Intergrasi dan Galakguna Teknologi Pendidikan Dalam P&P
6. Pelaksanaan inisiatif ICT di sekolah
7. Projek inovasi sekolah
8. Selenggaraan peralatan ICT sekolah

PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN
1. Bengkel Pengurusan PSS
2. Bengkel Pengurusan Teknologi Pendidikan
3. Bengkel ICT
4. Program Galakguna
5. Lawatan Kerja Penanda Aras
6. Aktiviti Patriotik, Sosial dan Kebajikan
7. Kursus-Kursus lain atas permintaan pengguna