Sejarah PKGBB

Posted by PKG Bukit Badong on Tuesday, August 03, 2010

Sejarah:
Sedia maklum bahawa prasarana pendidikan di kawasan luar bandar tidak begitu memungkinkan untuk bersaing dengan kelengkapan yang terdapat di sekolah-sekolah dalam bandar. Ketidakseimbangan prasarana ini juga telah mewujudkan ketidakseimbangan dari aspek pencapain serta kualiti pembelajaran dan pengajaran pelajar-pelajar luar bandar dengan palajar-pelajar dalam bandar.
Perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara memerlukan setiap guru sentiasa peka dan bersiap sedia menghadapi cabaran dan tuntutan baru khususnya inovasi dan penyerapan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini berlaku bagi menjamin supaya kualiti pendidikan negara berada pada tahap yang terkini, cemerlang dan bertaraf dunia.
PKG ditubuhkan bagi mengurangkan ketidakseimbangan ini serta membantu guru menghadapi pelbagai tuntutan dan cabaran dari semasa ke semasa di samping serta meningkatkan profesionalisme keguruan. PKG wujud dengan teras konsep guna serta kongsi sama melalui rangkuman beberapa rangkaian pendidikan dipelbagai peringkat. Melalui persekitaran berkenaan bukan sahaja prasarana pendidikan dikongsi sama malah meliputi hal-hal profesional seperti idea, inovasi, kepakaran, pengalaman dan sebagainya.
makmal1
Dari segi sejarah, penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981 PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah (PMD), iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Pada Tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan penjaman alatan dan membina bahan pengajaran dan pembelajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan ( teknopen).
Seterusnya pada tahun 1990 nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah ‘Daerah’, memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. Pada tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai. Salah satu dari Pusat Kegiatan guru ini ialah Pusat Kegiatan Guru Kuala Selangor.
PKG terletak di bawah amanah dan tanggungjawab BTPN dan BTP. Pengurusannya dikendalikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG. BTP, selaku ketua aktiviti menyalurkan peruntukan tahunan PKG melalui BTPN iaitu Pusat Tanggungjawab (PTJ). Kecemerlangan pengoperasian PKG memerlukan komitmen yang tinggi daripada Jawatankuasa Kerja dengan konsep kerja berpasukan dan rasa kesepunyaan terhadap PKG.
Dari semasa ke semasa perkembangan demi pekembangan telah melanda dunia pendidikan. Keperluan profesional guru turut berubah dan meningkat. Keadaan ini telah menuntut Pusat Media mengubah fungsinya. Pada Tahun 1990 pusat berkenaan telah bertukar nama kepada Pusat Kegiatan Guru dengan membawa fungsi dan konsep yang lebih luas mencakupi keperluan profesionalisma guru.