Televisyen Pesaing Buku
Televisyen pesaing buku: Ungku Aziz
BH/4.Mei.2010/m.s.12(5-6)
Profesor Diraja Ungku Aziz berkata, berbeza dengan senario dulu, sauran televisyen masih tidak serancak kini apabila orang ramai disogokkan pelbagai rancangan menarik sepanjang tempoh 24 jam seperti hiburan dan sebagainya.
“Bulu boleh dikira stesen televisyen yang ada, sekarang sudah ada kabel TV membuatkan penonton ‘terikat’ malah ada dikalangan mereka rasa membazir jika tidak menonton TV memandangkan segala siaran yang terkandung didalamnya adalah berbayar.
“Apatah lagi membaca juga tidak dijadikan malan sejak kecil sehingga seseorang individu itu lebih tertarik kepada televisyen berbanding buku atau bahan bacaan lain,” katanya selepas acara menandatangani buku terbarunya di sini, semalam.
Buku berjudul The Renaissance Man berharga RM50 senaskah itu memaparkan tiga isu utama yang menjadi perhatian ramai iaitu perpaduan nasional, bahasa dan kemiskinan luar bandar.
Mengulas mengenai kempen membaca, beliau berkata sewajarnya setiap kempen memberi focus kepada golongan sasaran bukan hanya diadakan secara rambang tanpa melihat keberkesanannya.
“Dalam setiap perkara, kita perlu fokus begitu juga dengan kempen membaca. Sebagai contoh, kita perlu menggunakan pendekatan berbeza untuk anak-anak luar bandar dengan bandar kerana lingkungan mereka berlainan,” katanya.
Sila beri komen anda ! terima kasih ….
Apa kurangnya pada buku...